Peningkatan Status Nutrisi Makanan Hidup Dengan Nutrien Penting Untuk Meningkatkan Kesihatan Haiwan Akuatik | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Peningkatan Status Nutrisi Makanan Hidup dengan Nutrien Penting untuk Meningkatkan Kesihatan Haiwan Akuatik

Peningkatan Status Nutrisi Makanan Hidup dengan Nutrien Penting untuk Meningkatkan Kesihatan Haiwan Akuatik

Jumaat, 23 Julai 2021

Oleh: Nur Amalina Samat, Fatimah Md Yusoff, Nadiah W. Rasdi, Murni Karim

Artikel disediakan oleh: Farah Izana

 

 

Organisma makanan hidup yang biasanya dianggap sebagai “kapsul nutrisi hidup”, adalah kaya dengan protein, vitamin, karbohidrat, mineral, asid amino, dan asid lemak. Makanan hidup seperti zooplankton mampu merangsang selera makan larva, selain dapat berenang dengan bebas yang seterusnya dapat diakses oleh larva ikan dan krustasea dengan mudah. Walaupun penggunaan makanan hidup dalam pemeliharaan larva dilaporkan dapat meningkatkan prestasi pertumbuhan, kelangsungan hidup, dan ketahanan penyakit pada larva, pengkulturan dan pengurusan makanan hidup adalah mahal dan tidak dapat diramal. Walaupun organisma makanan hidup dianggap unggul dari segi penerimaan, rotifers dan Artemia mengandungi unsur nutrien penting yang jauh lebih rendah. Oleh itu, melalui pelbagai teknik pengkayaan nutrien, makanan hidup dengan profil pemakanan yang memenuhi keperluan larva ikan dan krustasea dapat dihasilkan dengan banyak. Oleh itu, pengkayaan makanan hidup zooplankton melalui kaedah bioenkapsulasi adalah amat disarankan kerana ianya lebih mudah dilakukan bagi meningkatkan status pemakanan makanan hidup sebelum diberi kepada larva ikan. Hasilnya, enkapsulasi makanan hidup yang kekurangan nutrien seperti rotifers dan Artemia dengan nutrien mikro dan makro terbukti dapat meningkatkan prestasi larva ikan, seterusnya menggalakkan pengeluaran dan keuntungan yang maksimum.

Web: doi:10.3390/ani10122457

Source: https://en.engormix.com/aquaculture/articles/european-finfish-culture-t33562.htm

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdNAC~