Kesan Perubahan Saliniti Terhadap Prestasi Pertumbuhan Ketam Nipah (Scylla Olivacea) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Kesan Perubahan Saliniti terhadap Prestasi Pertumbuhan Ketam Nipah (Scylla olivacea)

Kesan Perubahan Saliniti terhadap Prestasi Pertumbuhan Ketam Nipah (Scylla olivacea)

Oleh: Md. Lifat Rahi, Tanzina Ferdusy, Shams Wali Ahmed, Md. Nuruzzaman Khan, Dania Aziz, Krishna R. Salin

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana binti Abdullah

 

Perubahan tahap kemasinan air dalam persekitaran adalah faktor pengehad utama bagi produktiviti akuakultur kerana ia memberi tekanan kepada organisma akuatik dan seterusnya melambatkan kadar pertumbuhan. Akibat daripada kenaikan paras air laut disebabkan oleh perubahan iklim, sebilangan besar air pesisir berisiko dengan rejahan air masin yang boleh memberikan kesan buruk terhadap biodiversiti dan akuakultur air tawar. Ketam nipah dapat beradaptasi dengan pelbagai tahap kemasinan air. Justeru, penternakan S. olivacea dapat menjadi alternatif kepada kesan negatif rejahan air masin. Oleh itu, usaha telah dilakukan untuk mengkaji perubahan pada kadar pertumbuhan ketam nipah disebabkan oleh tahap kemasinan air, kadar penggunaan oksigen, dan pola pengekspresan lima gen terpilih. Pada peringkat awal, prestasi pertumbuhan didapati sangat rendah pada kadar kemasinan 0%, tetapi selepas 30 hari ketam nipah menunjukkan prestasi pertumbuhan yang lebih baik pada tahap kemasinan ini. Ketam ini mungkin memerlukan 3-5 hari untuk aklimasi dengan tekanan kemasinan tetapi memerlukan sehingga 30 hari untuk aklimasi dengan pertumbuhan teratur. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan aklimasi yang wajar, ketam nipah dapat diternak pada kadar kemasinan rendah dan mungkin juga didalam keadaan air tawar.

 

Web: DOI: 10.1111/are.14772

Tarikh Input: 28/09/2021 | Kemaskini: 28/09/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXETSA1~