PENGASINGAN DAN PENGENALPASTIAN DIATOM MARIN (BACILLARIOPHYTA) UNTUK PENGHASILAN BIOJISIM DI KOLAM TERBUKA | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » PENGASINGAN DAN PENGENALPASTIAN DIATOM MARIN (BACILLARIOPHYTA) UNTUK PENGHASILAN BIOJISIM DI KOLAM TERBUKA

PENGASINGAN DAN PENGENALPASTIAN DIATOM MARIN (BACILLARIOPHYTA) UNTUK PENGHASILAN BIOJISIM DI KOLAM TERBUKA

Jumaat, 25 Jun 2021

Oleh: Ines Barkia, Fahad Zadjali, Nazamid Saari, Muta Harah Zakaria, Chun L L, Andrzej Witkowski and Lamya Al-Haj

Artikel disediakan oleh: Farah Izana Abdullah

 

 

Mikroalga yang mewakili pelbagai kelompok taksonomi telah lama digunakan dalam akuakultur sebagai makanan hidup untuk kerang, moluska, krustasea, larva ikan dan zooplankton. Penghasilan mikroalga juga dikembangkan secara  komersial sebagai produk pemakanan manusia yang bernilai tinggi. Setakat ini, penghasilannya adalah terhad kepada empat jenis strain, iaitu Spirulina platensis, Chlorella vulgaris, Dunaliella salina dan Haematococcus pluvialis. Walau bagaimanapun, semua jenis mikroalga ini mempunyai tahap produktiviti yang sederhana dan/atau memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, terdapat keperluan yang kritikal untuk memilih dan mengenal pasti spesies mikroalga yang baharu untuk penghasilan mikroalga secara besar-besaran.

 

Oleh itu, satu kajian telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik I-AQUAS untuk memilih pengasingan diatom terbaik dari lokasi pesisir yang berlainan di Oman kerana diatom di Laut Oman masih kurang dipelajari, diikuti dengan pengenalpastian spesies dengan menggunakan teknik molekul (nuclear encoded small subunit ribosomal RNA and chloroplast-encoded rbcL and psbC) dan data morfologi. Selain itu, kadar pertumbuhan, pengeluaran biojisim dan komposisi asid lemak dalam keadaan persekitaran juga disiasat. Enam strain diatom marin telah diasingkan dan dikenal pasti, ianya kaya dengan asid lemak politaktepu, dengan nilai purata  47% daripada jumlah asid lemak, terutama Nitzschia sp. Pengkulturan secara besar-besaran spesies diatom menggunakan sistem pengeluaran berkos rendah dengan kepekatan nutrien minimum, dan tanpa penambahan CO2 terbukti dapat dilaksanakan, seterusnya mengesahkan berpotensi untuk digunakan sebagai makanan tambahan akuakultur.

Web: 10.1111/are.13539

 

Sumber: https://www.micromagus.net/microscopes/pondlife_plants01.html

Sumber: https://diatoms.org/what-are-diatoms

 

Tarikh Input: 28/06/2021 | Kemaskini: 28/06/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXETUAe~