Probiotik Membantu Ikan Membesar Dengan Lebih Cepat Dan Lebih Sihat | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Probiotik Membantu Ikan Membesar dengan Lebih Cepat dan Lebih Sihat

Probiotik Membantu Ikan Membesar dengan Lebih Cepat dan Lebih Sihat

Artikel oleh: Nur Hidayahanum Hamid

Sumber: University of Maryland Center for Environmental Science

 

Kajian yang dijalankan oleh saintis di Institut Teknologi Marin dan Alam Sekitar mendapati bahawa probiotik yang terdapat di dalam yogurt bukan sahaja bermanfaat untuk manusia tetapi juga terhadap ikan. Penyelidikan menunjukkan bahawa pemberian probiotik kepada larva ikan zebra mempercepatkan proses perkembangan larva dan meningkatkan peluang hidup hingga dewasa. Penemuan ini berpotensi meningkatkan kejayaan pembiakan ikan hiasan yang jarang ditemui dan juga memberi impak positif kepada akuakultur, kerana mempercepatkan perkembangan larva ikan dan boleh menjadikan sistem penternakan ikan lebih efisien dan selamat.

Ikan zebra sering digunakan dalam penyelidikan genetik kerana pertumbuhan pantas, embrio lutsinar, dan persamaan genetik dengan manusia. Dalam kajian ini, penyelidik menambahkan Lactobacillus rhamnosus, sejenis probiotik yang digunakan dalam yogurt ke dalam air ikan. Probiotik diserap melalui insang dan hidup di dalam saluran gastrousus, seterusnya menghalang bakteria berbahaya dan merangsang pertumbuhan tulang, vertebra, dan gonad. Probiotik juga mengurangkan tekanan pada ikan yang mungkin menyumbang kepada peningkatan kematangan dan kelangsungan hidup.

Kadar kelangsungan hidup larva ikan zebra meningkat daripada 70% kepada 90% dengan penambahan probiotik, terutamanya semasa tempoh peralihan daripada kuning telur kepada makanan luar di mana fasa yang akan mengakibatkan kadar kematian tertinggi. Jacques Ravel, saintis genomik di Universiti Maryland, menyatakan bahawa kajian ini menarik untuk memahami manfaat probiotik dalam perkembangan manusia, terutamanya bayi pramatang. Penemuan ini menyerlahkan potensi probiotik dalam akuakultur dan perubatan manusia.

 

 

Gambar 1: Satu kajian mendapati bahawa memberi makan probiotik, seperti yang terdapat di dalam yogurt kepada ikan zebra mempercepatkan perkembangan vertebra mereka dan meningkatkan peluang mereka untuk hidup sehingga dewasa. Kredit: Institut Teknologi Marin & Alam Sekitar, Baltimore, Maryland.

Tarikh Input: 12/02/2025 | Kemaskini: 12/02/2025 | hidayahanum

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
W, (04:06:43am-04:11:43am, 20 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]