ANALISIS MULTIKELAS BAGI PENCEMARAN ORGANIK DALAM HIDUPAN MARIN TROPIKA MENGGUNAKAN TEKNIK PENGEKSTRAKAN QUECHERS YANG TELAH DITAMBAH BAIK DIIKUTI TEKNIK LC MS/MS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » ANALISIS MULTIKELAS BAGI PENCEMARAN ORGANIK DALAM HIDUPAN MARIN TROPIKA MENGGUNAKAN TEKNIK PENGEKSTRAKAN QUECHERS YANG TELAH DITAMBAH BAIK DIIKUTI TEKNIK LC MS/MS

ANALISIS MULTIKELAS BAGI PENCEMARAN ORGANIK DALAM HIDUPAN MARIN TROPIKA MENGGUNAKAN TEKNIK PENGEKSTRAKAN QUECHERS YANG TELAH DITAMBAH BAIK DIIKUTI TEKNIK LC MS/MS

Jumaat, 28 Mei 2021

 

Oleh: Tuan Fauzan Tuan Omar, Ahmad Zaharin Aris, Farah Izana Abdullah

 

Pencemaran Organik telah menarik perhatian komuniti saintifik dan masyarakat umum kerana  ianya boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti kanser, pengurangan tahap kesuburan, gangguan terhadap fungsi reproduksi dan perkembangan serta menyebabkan tumor kolorektal dan pundi kencing. Pengumpulan pencemar organik ini juga dijumpai pada hidupan akuatik seperti ikan, moluska dan bivalvia. Ini menandakan bahawa pembesaran trofik ini telah mengambil tempat di dalam rantai makanan yang akhirnya akan sampai kepada manusia yang menduduki tahap tertinggi didalam struktur rantaian makanan. Oleh yang demikian, kaedah yang sensitif dan selektif diperlukan untuk mengesan kehadiran bahan pencemar organik ini. Kombinasi teknik QuEChERS dan pengekstrakan fasa pepejal disertai teknik pengesanan berdasarkan kromatografi cecair dengan spektrometri jisim tandem telah dibangunkan dan disahkan keberkesanannya dengan menganalisis hidupan yang dikumpulkan dari muara Sungai Klang. Daripada 16 sebatian yang disasarkan, 10 telah berjaya dikesan iaitu diclofenac, bisphenol A, sulfamethoxazole, amoxicillin, E2, E1, progesterone, testosterone, primidone, dan 4-octylphenol. Manakala sebatian yang lain adalah di bawah had pengesanan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran bahawa kaedah yang telah dioptimumkan ini boleh digunakan untuk manganilisis kehadiran pencemar organik multikelas secara serentak dalam kehidupan marin dengan tepat dan persis.

Web: https://doi.org/10.1016/j.microc.2021.106063

 

Tarikh Input: 31/05/2021 | Kemaskini: 31/05/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDcQAY~