Artikel oleh: Nur Hidayahanum Hamid
Sumber: Yale University (ScienceDaily)
Kajian Yale menangani paradoks biodiversiti ikan yang tinggi di perairan tropika berbanding kepesatan spesies generasi di perairan yang lebih sejuk dan berlatitud tinggi. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Nature Communications, mendedahkan bahawa ikan dalam ekosistem suhu rendah dan berada di kutub sering bergerak di antara perairan cetek dan dalam, seterusnya meningkatkan kepelbagaian spesies. Pergerakan ini lebih mudah di kawasan yang lebih sejuk, di mana suhu air berubah kurang drastik dengan kedalaman air. Walau bagaimanapun, perubahan iklim mengancam proses ini disebabkan oleh pemanasan lautan latitud tinggi, menjadikan peralihan kedalaman air lebih sukar dan berpotensi menghalang evolusi spesies baharu.
Pengarang utama Sarah T. Friedman dan pengarang bersama Martha Muñoz menganalisis data tentang 4,067 spesies ikan, mendapati spesies latitud tinggi seperti eelpouts dan rockfishes beralih ke kawasan yang dalam lebih kerap daripada spesies tropika seperti gobies dan wrasses. Perubahan kedalaman yang kerap ini membolehkan ikan latitud tinggi mengeksploitasi nic baharu dan menyesuaikan diri secara setempat, dan seterusnya meningkatkan kepelbagaian spesies. Sebaliknya, ikan tropika menghadapi halangan penebatan haba yang ketara kepada peralihan kedalaman air.
Kajian itu mencadangkan bahawa biodiversiti tropika semasa mungkin mencerminkan kepelbagaian sejarah di kawasan panas, tetapi kebanyakan generasi spesies baharu telah beralih ke kutub. Ikan latitud tinggi, yang sesuai dengan persekitaran terma yang stabil, menghadapi cabaran yang lebih besar daripada perubahan iklim, di mana ia boleh mengganggu keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dan mempelbagaikan persekitaran.

Gambar 1: Enjin biodiversiti bagi ikan: Peralihan kedalaman Air

Gambar 2: Ikan batu biru di Monterey Bay National Marine Sanctuary, California. (Sumber:Noaa's National Ocean Service).

Gambar 3: Penekanan kesan iklim kepada ikan air tawar yang semakin meningkat terhadap spesies tersebut (Sumber: IUCN Red List - Press release).
Tarikh Input: 29/05/2024 | Kemaskini: 07/06/2024 | hidayahanum
