Kaedah Pembahagian Imej Untuk Sistem Pemantauan Banjir | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Kaedah Pembahagian Imej untuk Sistem Pemantauan Banjir

Kaedah Pembahagian Imej untuk Sistem Pemantauan Banjir

Oleh: Nur Atirah Muhadi, Ahmad Fikri Abdullah, Siti Khairunniza Bejo, Muhammad Razif Mahadi and Ana Mijic

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Bencana banjir dianggap sebagai bencana tahunan di Malaysia dan antara bencana paling berbahaya di negara ini. Kekurangan data semasa kejadian banjir adalah kekangan utama untuk menambah baik sistem pemantauan banjir. Pada era ini, pendekatan computer vision boleh digunakan untuk menambah baik sistem pengesanan dan pemantauan banjir. Computer vision menangkap dan memproses imej menggunakan teknik pembahagian untuk memahami kandungannya. Setakat ini, tiada penyelesaian umum bagi masalah pembahagian imej yang dapat memastikan ketepatan yang boleh dipercayai untuk aplikasi bencana banjir. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melakukan perbandingan teknik pembahagian imej—iaitu thresholding, region growing dan teknik hibrid untuk mengekstrak maklumat air daripada imej digital. Teknik hibrid didapati sebagai teknik pemprosesan imej yang paling berkesan untuk mengekstrak ciri air daripada imej digital, dengan keputusan penilaian segmentasi lebih tinggi daripada 95% secara purata.

Web: doi:10.3390/w12061825

 

Tarikh Input: 30/11/2021 | Kemaskini: 30/11/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdWAP~