KAJIAN TABURAN LOGAM BESI DI PERAIRAN MUARA | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » KAJIAN TABURAN LOGAM BESI DI PERAIRAN MUARA

KAJIAN TABURAN LOGAM BESI DI PERAIRAN MUARA

Jumaat, 28 Mei 2021

Oleh: Syaza Syafiqah Muhamad Kamell, Khairul Nizam Mohamed, Ferdius @ Ferdaus Mohamat Yusuff , dan Abd Muhaimin Amiruddin

Logam besi (Fe) bertindak sebagai elemen penting serta merupakan mikronutrien untuk organisma laut dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan biogeokimia di kawasan muara sungai (Gledhill et al., 2004). Bagi manusia, logam berat mampu membahayakan kesihatan seperti gangguan pada sistem pernafasan, peredaran darah, kerosakan sistem reproduksi, serta gangguan pada organ dalam lainnya (Agustina, 2010). Satu penyelidikan telah dijalankan dengan tujuan mengkaji taburan logam berat (Fe) yang terletak di perairan muara Bagan Pasir, Perak. Peralatan in-situ yang sesuai telah digunakan bagi merekodkan parameter yang penting termasuklah pH, oksigen terlarut, kemasinan, kekonduksian, kekeruhan dan suhu. Dari penyelidikan ini, kepekatan Fe didapati lebih rendah di kawasan air tawar berbanding dengan di kawasan muara. Keberadaan Fe di muara yang kebanyakannya berbentuk koloid atau ligan organik adalah berkemungkinan berasal dari permukaan sedimen atau proses biologi pada lajur air. Bagi sistem air tawar yang mempunyai kepekatan Fe yang tinggi pula, ianya mungkin disebabkan oleh antropogenik. Antropogenik dan aktiviti manusia mampu menghasilkan sisa dan bahan toksik (kebanyakannya logam berat) yang akhirnya dibuang ke sungai dan muara seterusnya mengalir ke laut (Syvitski et al., 2005). Logam ini terdapat di dalam komponen yang berbeza dalam sistem akuatik seperti di air, bahan terampai, sedimen dan biota. Oleh sebab itu, ia menjadi bahan pencemar mikro yang sangat toksik dan boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada hidupan (Schnoor, 1996).

 

Web: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76344/

Tarikh Input: 31/05/2021 | Kemaskini: 31/05/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZVAr~