Kawalan Mesra Alam Terhadap Penyakit Yang Biasa Dijangkiti Oleh Ikan Dan Amfibia | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK i-aquas
» ARTIKEL » Kawalan Mesra Alam terhadap Penyakit yang Biasa Dijangkiti oleh Ikan dan Amfibia

Kawalan Mesra Alam terhadap Penyakit yang Biasa Dijangkiti oleh Ikan dan Amfibia

Artikel oleh: Nur Hidayahanum Hamid

Sumber: Forschungsverbund Berlin

 

Penyakit kulat dan seumpamanya mengancam organisma akuatik dalam sistem marin dan air tawar di seluruh dunia serta menjejaskan sektor akuakultur dan biodiversiti amfibia. Bahan kimia untuk memerangi patogen ini terhad dan sering mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini. Saintis di Leibniz-Institute of Freshwater Ecology and Inland Fisheries (IGB) mencadangkan konsep biologi alternatif untuk mengawal penyakit kulat dengan cara yang lebih mesra alam.

Penyakit yang menghasilkan zoospora, agen kecil yang menyebarkan penyakit akan berenang di dalam air untuk mencari perumah baru seperti ikan, amfibia, dan juga rumpai laut yang dimakan oleh manusia. Menurut Dr. Thijs Frenken, ketua kajian, kerosakan yang disebabkan oleh penyakit ini adalah besar, dan rawatan secara kimia sedia ada adalah mahal, berbahaya, dan sering tidak berkesan untuk jangka masa panjang. Kehilangan ekonomi akibat penyakit dalam akuakultur adalah ketara terutama pada salmon, dengan sekurang-kurangnya kematian sebanyak 10% akibat penyakit zoospore yang menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar setahun.

Para penyelidik mencadangkan tujuh konsep biologi untuk melindungi organisma akuatik:

  1. Mengurangkan penyebaran patogen dengan mengawal laluan dan vektor penyebaran.
  2. Meningkatkan kepelbagaian spesies perumah untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam populasi homogen.
  3. Vaksinasi dan imunisasi walaupun vaksin untuk penyakit seperti kulat belum wujud, namun ia mungkin berpotensi.
  4. Merangsang pertahanan perumah dengan meningkatkan pengeluaran peptida anti-kulat.
  5. Probiotik untuk menghalang pertumbuhan zoospora dan penyebarannya pada perumah.
  6. Hiperparasitisme dengan memperkenalkan parasit lain yang menjangkiti dan menghapuskn patogen sasaran.
  7. Penggunaan "pemakan parasit" seperti zooplankton yang memakan parasit.

 

Prof. Dr. Justyna Wolinska menekankan pentingnya memahami interaksi parasit-perumah dalam persekitaran yang berubah-ubah dan berharap kajian ini akan merangsang pembangunan strategi kawalan biologi alternatif yang selamat dan mampan.

 

Gambar 1: Kematian besar-besaran populasi alpine (Pyrenees) kodok bidan (Alytes obstetricans) disebabkan oleh wabak chytrid (Batrachochytrium dendrobatidis). Kredit: Dirk S. Schmeller

 

Gambar 2: Alga dengan jangkitan yang hampir matang (bulatan dalam imej). Jangka masa Zoospora kelihatan (bintik hijau kecil) seperti tidak lama lagi akan dilepaskan ke dalam air dan bersedia untuk mencari alga baru untuk dijangkiti. Kredit: Thijs Frenken

 

Gambar 3: Salmon parr (Salmo salar) dijangkiti oomycete Saprolegnia parasitica. Kredit: Kostis Apostolakis

Tarikh Input: 12/02/2025 | Kemaskini: 12/02/2025 | hidayahanum

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
X, (03:24:37am-03:29:37am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]