KERJASAMA PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI UNTUK PEMBANGUNAN MAPAN | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » KERJASAMA PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI UNTUK PEMBANGUNAN MAPAN

KERJASAMA PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI UNTUK PEMBANGUNAN MAPAN

Oleh : Prof. Dr. Fatimah Md Yusoff 

PROJEK SATREPS-OTEC (2019-2024)

Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), menyertai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti SAGA, Jepun dalam kolaborasi penyelidikan kerjasama Malaysia-Jepun di bawah Program "Kerjasama Penyelidikan Sains dan Teknologi untuk Pembangunan Mapan (SATREPS) yang dipromosikan oleh JICA (Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun) dan Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST) untuk menjalankan projek bertajuk “Menerajui Pembangunan Teknologi Penukaran Tenaga Haba Lautan Hibrid (H-OTEC) bagi Masyarakat Karbon Rendah dan Sistem Tenaga Mapan: Ujian Rig OTEC Pertama Malaysia".

PROJEK SATREPS-OTEC UPM

Diketuai oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Abu Bakar Jaafar dari UTM dan Prof. Dr. Yasuyuki Ikegami dari Universiti SAGA, projek SATREPS-OTEC selama lima (5) tahun ini akan merangkumi penyelidikan dan pembangunan sistem hybrid OTEC (H-OTEC) dan aplikasi air laut dalam untuk ekosistem Malaysia yang dipanggil “Model Malaysia”. Ujian rig H-OTEC, bekalan peralatan dan kemudahan pengambilan air laut yang diperlukan akan ditubuhkan di I-AQUAS, UPM, Port Dickson.

UTM-UPM SATREPS H-OTEC Lab &

Ujian Rig – akan dilengkap dan digunakan pada awal 2021

 

Universiti lain di Malaysia yang terlibat di dalam projek SATREPS-OTEC adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UKM), manakala Institute of Ocean Energy Universiti SAGA, Universiti Tokyo, National Institute of Advanced Industrial Science and Technology (AIST) dan Xenesys Co. Ltd. juga adalah rakan kolaborasi kami di Jepun. Lebih kurang 50 orang saintis Malaysia dan 20 orang saintis Jepun terlibat di dalam projek ini. Dua daripada sepuluh projek berkenaan adalah mengenai Akuakultur dan Sains Akuatik, iaitu 1. Penggunaan Air Sisa H-OTEC bagi Kultur Ikan dan Spesies Invertebrat Komersil Bernilai Tinggi (dipimpin oleh Prof. Dr. Aziz Arshad) dan 2. Penilaian Perubahan Spatial dan Bermusim Kualiti Air yang Digunakan dalam Teknologi Termaju H-OTEC (Penukaran Tenaga Haba Lautan) dan Aplikasi Air sisa bagi Pengeluaran Makanan Hidup dalam Akuakultur (dipimpin oleh Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff).

Tarikh Input: 28/03/2020 | Kemaskini: 30/11/2020 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEUGAM~