Kesan Asimilasi Glukosa Dan Intensiti Cahaya Sederhana Pada Chlorella Sorokiniana | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Kesan asimilasi glukosa dan intensiti cahaya sederhana pada Chlorella sorokiniana

Kesan asimilasi glukosa dan intensiti cahaya sederhana pada Chlorella sorokiniana

Oleh: Siti Nor Ani Azaman, Darren C. J. Wong, Sheau Wei Tan, Fatimah M. Yusoff, Norio Nagao & Swee Keong Yeap

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana binti Abdullah

Keupayaan spesies Chlorella untuk menghasilkan metabolit yang mempunyai pelbagai aktiviti meningkatkan kesihatan seperti antioksidan, antimikrob, antibakteria, antikulat, antikanser, dan antivirus menjadikannya popular pada industri farmasi dan kesihatan di kebanyakkan negara Asia seperti China, Korea dan Jepun selama beratus-ratus tahun. Dalam usaha untuk meransang penghasilan metabolit seperti pigmen dan pengeluaran lipid, kaedah manipulasi sumber karbon dan intensiti cahaya biasanya digunakan. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengetahui kesan intensiti cahaya sederhana dan ditambah dengan 2% glukosa dalam keadaan nutrisi yang terhad terhadap Chlorella sorokiniana. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah ini menyumbang kepada pengeluaran metabolit bernilai tinggi seperti karotenoid terutamanya lutein, sintesis asid lemak tak tepu dan pengumpulan triacylglycerol (TAG). Di samping itu, peningkatan gen yang terlibat dalam biosintesis lutein bagi penghasilan karotenoid, biosintesis asid lemak, pengumpulan TAG, dan sebahagian besar jalur fiksasi karbon diperhatikan.

Web: https://doi.org/10.1038/s41598-020-74410-4

Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZPAx~