Kesan Probiotik Terhadap Pertumbuhan, Kemandirian, Kualiti Air Dan Ketahanan Penyakit Anak Tilapia Hibrid Merah (Oreochromis Spp.) Dalam Sistem Bioflok | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Kesan Probiotik terhadap Pertumbuhan, Kemandirian, Kualiti Air dan Ketahanan Penyakit Anak Tilapia Hibrid Merah (Oreochromis spp.) dalam Sistem Bioflok

Kesan Probiotik terhadap Pertumbuhan, Kemandirian, Kualiti Air dan Ketahanan Penyakit Anak Tilapia Hibrid Merah (Oreochromis spp.) dalam Sistem Bioflok

Oleh: Aimi Zabidi, Fatimah Md Yusoff, Nurul Amin, Nur Jasmin Mohd Yaminudin, Puvaneswari Puvanasundram and Murni Marlina Abd Karim

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Streptococcosis adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria patogen, telah banyak menjejaskan pengeluaran tilapia hibrid merah di Malaysia yang menyebabkan kematian skala besar dalam pelbagai sistem kultur. Probiotik telah digunakan untuk merawat dan mencegah penyakit bakteria, termasuk Streptococcus, namun ia memerlukan penggunaan yang berterusan untuk memastikan kepekatannya mencukupi. Menggabungkan probiotik dalam sistem bioflok boleh mengurangkan masalah ini kerana mikroorganisma yang berkesan boleh terus membiak dan digunakan oleh ikan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pengaruh penambahan probiotik terhadap prestasi pertumbuhan dan kualiti air tilapia hibrid merah. Daripada kajian, didapati bahawa campuran probiotik mampu merencat pertumbuhan Streptococcus spp., meningkatkan prestasi tilapia hibrid merah dan ketahanan penyakit terhadap streptococcosis. Menyediakan campuran probiotik yang bermanfaat boleh meningkatkan kultur bioflok dalam kultur tilapia hibrid merah dengan berkesan.

Web: https://doi.org/10.3390/ani11123514

Tarikh Input: 28/01/2022 | Kemaskini: 28/01/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZUAp~