Kewujudan Dan Penyebaran Bahan Kimia Yang Mengganggu Endokrin Dalam Ikan Marikultur Di Pulau Kukup, Malaysia | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Kewujudan dan penyebaran bahan kimia yang mengganggu endokrin dalam ikan marikultur di Pulau Kukup, Malaysia

Kewujudan dan penyebaran bahan kimia yang mengganggu endokrin dalam ikan marikultur di Pulau Kukup, Malaysia

Oleh: Nur Afifah Hanun Ismail, Ahmad Zaharin Aris, Sze Yee Wee, Hanisah Mohmad Nasir, Muhammad Raznisyafiq Razak, Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Tuan Fauzan Tuan Omar

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Hormon, racun perosak dan sebatian aktif farmaseutikal dikelaskan sebagai pelbagai sisa bahan kimia pengganggu endokrin (EDC). Sumber utama EDC dalam persekitaran akuatik adalah daripada loji rawatan air sisa, sisa daripada aktiviti bandar dan perindustrian lain, penternakan haiwan, pertanian dan akuakultur. Pendedahan jangka panjang EDC boleh menyebabkan obesiti, diabetes, kanser payudara, kanser prostat, dan menyebabkan bioakumulasi dalam organisma akuatik, sekali gus menyebabkan kemerosotan kualiti makanan laut. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian, pengeluaran ikan dan bekalan ikan di Asia adalah yang tertinggi di dunia. Pulau Kukup, Johor, merupakan salah satu tapak terbesar di Malaysia untuk aktiviti marikultur aktif serta aktiviti perindustrian dan komersial. Oleh itu, kajian tentang kualiti serta keselamatan ikan marikultur dengan menentukan kepekatan EDC pelbagai kelas sangat bermanfaat. Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan EDC terpilih pada otot, hati, dan organ pembiakan ikan marikultur pada ekosistem Malaysia berserta implikasi keselamatan makanannya. Kepekatan tertinggi yang dikesan dalam ikan marikultur ialah sebatian dexamethasone, pada 2.37-15.84 ng/g dalam otot, kurang daripada 2.54-43.56 ng/g dalam hati, dan kurang daripada 2.54-37.23 ng/g dalam organ pembiakan. Kehadiran EDC berpotensi disebabkan oleh pelupusan ubat perubatan yang tidak digunakan secara tidak betul. Bagaimanapun, penggunaan ikan dari sangkar ternakan Pulau Kukup, Johor tidak mungkin mendatangkan risiko kesihatan kepada pengguna kerana nilai HI bagi EDC yang dikesan adalah kurang daripada satu.

Web: https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2020.128806

Tarikh Input: 01/04/2022 | Kemaskini: 01/04/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEYGAh~