Artikel oleh: Nur Hidayahanum Hamid
Sumber: King's College London
Sekumpulan penyelidik yang menjalankan kajian di kawasan pedalaman Lembangan Amazon sedang menyiasat spesies parasit misteri yang dikenali sebagai myxozoa, yang telah menyebabkan kerosakan besar terhadap operasi penternakan ikan di seluruh dunia. Parasit yang menjangkiti ikan seperti salmon dan trout akan mengakibatkan penyakit serius yang menyebabkan kekurangan stok ternakan yang besar serta mengancam biodiversiti dan sumber pendapatan penternak ikan. Secara globalnya, kerugian ekonomi akibat jangkitan ini dianggarkan melebihi £50 juta setahun.
Dalam satu projek kerjasama antarabangsa yang melibatkan penyelidik dari King’s College London, UNIFESP, serta institusi dari Brazil, Croatia dan United Kingdom mendapati bahawa lebih daripada 50% ikan yang diperiksa di Lembangan Amazon telah dijangkiti oleh parasit ini. Di kawasan lain seperti Amerika Syarikat barat, kira-kira 90% trout telah pupus akibat jangkitan parasit yang sama. Pasukan penyelidik ini telah menubuhkan sebuah makmal terapung di Brazil berhampiran Santarém, di mana Sungai Tapajós dan Amazon bertemu bagi mengkaji parasit tersebut di habitat asalnya.
Antara penemuan utama ialah penemuan proses pengawalseliaan genetik baru yang sebelum ini tidak diketahui wujud dalam parasit ini. Penemuan ini berpotensi membuka jalan kepada pembangunan vaksin berasaskan genetik dan strategi rawatan baharu.

Gambar 1: Abstrak grafik. Kredit Foto: King's College London

Gambar 2: Lembangan Amazon. Kredit Foto: King's College London

Gambar 3: Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut. Kredit Foto: King's College London
Tarikh Input: 02/05/2025 | Kemaskini: 02/05/2025 | hidayahanum
