Menilai Status Pencemaran Unsur Sedimen Permukaan Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Menilai status pencemaran unsur sedimen permukaan di pantai barat Semenanjung Malaysia

Menilai status pencemaran unsur sedimen permukaan di pantai barat Semenanjung Malaysia

Oleh: Ley Juen Looi, Ahmad Zaharin Aris, Fatimah Md. Yusoff, Noorain Mohd Isa and Hazzeman Haris

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Kajian pencemaran unsur secara meluas yang merangkumi kawasan geografi yang besar di pantai barat Semenanjung Malaysia jarang berlaku. Memandangkan sedimen dapat mengumpulkan unsur surih di persekitaran, maklumat hasil daripada penentuan penyebaran unsur surih dalam sedimen amat penting untuk mengenal pasti kawasan yang tercemar. Tambahan pula, di Malaysia belum ada standard kualiti sedimen nasional yang harus diikuti, walaupun banyak kajian menunjukkan bahawa sedimen di pantai barat Semenanjung Malaysia tercemar oleh logam seperti As, Pb, Cd, Hg, Cr, dan Zn. Oleh itu, kajian ini dijalankan ini untuk menentukan taburan As, Ba, Cd, Co, Cu, Cr, Ni, Pb, Se, dan Zn pada sedimen permukaan di pantai barat Semenanjung Malaysia dan untuk menilai sejauh manakah pencemaran unsur dengan menerapkan garis panduan kualiti sedimen, faktor pengayaan (EF) dan indeks geoakumulasi (Igeo). Kajian ini mendapati bahawa taburan unsur dalam sedimen dalam urutan menurun adalah Zn > Ba > Cr > Pb > Cu > As > Ni> Co > Se > Cd. Semua stesen mempunyai risiko ekologi rendah, kecuali Merlimau, yang mempunyai risiko ekologi sederhana. Kajian ini turut meneroka latar belakang tahap pencemaran, hal ini penting bagi tujuan penyusunan garis panduan kualiti sedimen serantau untuk mengawal sumber pencemaran dari titik punca dan bukan titik punca.

Web: https://doi.org/10.1007/s10653-018-0149-1

Tarikh Input: 26/10/2021 | Kemaskini: 26/10/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEXSAy~