Pemerhatian Langsung Terhadap Kuda Laut Juvenile Hippocampus Trimaculatus Leach, 1814 Di Bawah Permukaan Luar Pesisir Di Selat Melaka | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Pemerhatian langsung terhadap kuda laut juvenile Hippocampus trimaculatus Leach, 1814 di bawah permukaan luar pesisir di Selat Melaka

Pemerhatian langsung terhadap kuda laut juvenile Hippocampus trimaculatus Leach, 1814 di bawah permukaan luar pesisir di Selat Melaka

Jumaat, 23 Julai 2021

Oleh: Nur Leena Wong Wai Sin, Teh Jun Chin

Artikel disediakan oleh: Farah Izana

 

sumber flora.coa.gov.tw

Penangkapan kuda laut di pesisir adalah aktiviti sampingan, kadangkala kuda laut didapati hanyut di permukaan laut dan dengan mudahnya diraup oleh nelayan. Pendokumentasian tiga kuda laut remaja Hippocampus trimaculatus Leach, 1814, yang dikumpulkan dari pesisir pantai di Selat Melaka, didapati hanyut mungkin bertujuan untuk penyebaran secara pasif. Sebilangan besar populasi kuda laut menunjukkan kepelbagaian genetik yang rendah mungkin disebabkan oleh sifat pergerakan mereka yang perlahan dan merupakan keturunan dari induk yang terhad. Pemerhatian keatas kuda laut yang bermigrasi jarang sekali dilaporkan dan mekanisma penyebarannya masih belum diketahui. Kuda laut yang hanyut dan ditemukan di luar pesisir wilayah tengah Selat Melaka dapat menjadi bukti kukuh bagi penghijrahan pasif jarak jauh oleh kuda laut remaja. Dan dalam hal ini, spesies H. trimaculatus memiliki julat geografi yang luas di perairan tropika dan sub-tropika, termasuk Jepun, China, India, Asia Tenggara, Australia utara, dan berkemungkinan meluas ke Papua New Guinea, Bangladesh, dan Sri Lanka, yang mungkin tersebar melalui migrasi pasif. Corak taburan dan spesiasi pada kuda laut dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti halangan allopatric dan sempadan ekologi. Kebanyakkan tingkah laku migrasi kuda laut didapati bergantung pada bahan hanyut seperti rumpai laut, dan serpihan terapung. Walaupun terdapat serpihan terapung dan pepejal terampai yang berhampiran, H. trimaculatus remaja yang hanyut ini didapati bebas, keadaan badannnya meringkuk dengan kepalanya diturunkan. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa langkah berhati-hati harus diambil terutama sewaktu usaha pembersihan plastik yang terapung di laut dilakukan, kerana kuda laut yang hanyut mungkin menjadi mangsa secara tidak sengaja.

Web: doi: 10.15560/13.6.993

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEYOA7~