Penanda Mitokondria Mengenalpasti Sempadan Genetik Udang Harimau Hijau (Penaeus Semisulcatus) Di Lautan Indo-Pasifik | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Penanda Mitokondria Mengenalpasti Sempadan Genetik Udang Harimau Hijau (Penaeus semisulcatus) di Lautan Indo-Pasifik

Penanda Mitokondria Mengenalpasti Sempadan Genetik Udang Harimau Hijau (Penaeus semisulcatus) di Lautan Indo-Pasifik

Penanda Mitokondria Mengenalpasti Sempadan Genetik Udang Harimau Hijau (Penaeus semisulcatus) di Lautan Indo-Pasifik

 

By: Siti Amalia Aisyah Abdul Halim, Ahmad Sofiman Othman, Noor Adelyna Mohammed Akib, Noorul-Azliana Jamaludin, Yuzine Esa and Siti Azizah Mohd Nor

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana binti Abdullah

 

Kajian genetik populasi Udang Harimau Hijau (Penaeus semisulcatus) yang mempunyai nilai komersial tinggi telah dijalankan di Lautan Indo-Pasifik dengan tumpuan di perairan Kepulauan Indo-Melayu di Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Celebes dan Selat Melaka. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti lokasi potensi pemecahan genetik ini di Lautan Indo-Pasifik, berdasarkan gen mitokondria cytochrome c oxidase I (COI) dan kawasan kawalan (gen CR), pada skala geografi yang lebih sempit di perairan Kepulauan Indo-Melayu. Semua populasi dibezakan kepada dua keturunan dengan pecahan genetik di sekitar Bagan Pasir; Keturunan I terdiri daripada populasi dari Lautan Pasifik-Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, manakala Keturunan II pula terdiri daripada populasi utara hingga tengah di Selat Melaka. Populasi Bagan Pasir dianggap sebagai campuran kumpulan gen kedua-dua keturunan, dan mungkin mewakili kawasan (atau sekitar) persempadanan dua keturunan. Memahami kepelbagaian dan struktur genetik populasi adalah penting untuk mengurus sumber perikanan yang produktif, memulihara sumber genetik dan menuai populasi organisma marin secara mampan.

DOI: doi:10.6620/ZS.2021.60-08

Tarikh Input: 18/04/2022 | Kemaskini: 18/04/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDcVA7~