Pencemaran Air Paip: Sebatian Penganggu Endokrin Multi-kelas Dalam Jenis Perumahan Yang Berbeza Di Penempatan Bandar | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Pencemaran air paip: Sebatian penganggu endokrin multi-kelas dalam jenis perumahan yang berbeza di penempatan bandar

Pencemaran air paip: Sebatian penganggu endokrin multi-kelas dalam jenis perumahan yang berbeza di penempatan bandar

Oleh: Sze Yee Wee, Ahmad Zaharin Aris, Fatimah Md Yusoff, Sarva Mangala Praveena

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana binti Abdullah

 

Sebatian pengganggu endokrin (EDC) terdiri dalam pelbagai kelas seperti farmaseutikal dan produk penjagaan diri, hormon, racun perosak, pemplastis, sebatian polihalogen dan ftalat kerana penggunaannya yang meluas dalam skop  produk pengguna dan bahan kimia industri. Oleh kerana penyingkiran EDC yang tidak lengkap di dalam sistem rawatan air sisa, EDC kekal di dalam tanah, air, sedimen dan biota pada paras surih. Air minuman telah menjadi laluan tambahan pendedahan manusia kepada bahan cemar. Teknologi rawatan air minuman sedia ada tidak direka untuk menyingkirkan EDC daripada sumber air minuman dan telah menyumbang kepada rawatan air minuman yang tidak lengkap serta isu kualiti air. Kajian ini menyiasat kehadiran EDC muliti-kelas dalam air paip bagi jenis perumahan yang berbeza-; rumah bertanah dan bertingkat tinggi. Setakat ini, pematuhan kawal selia alam sekitar dan air minuman antarabangsa mahupun kebangsaan tidak menyenaraikan EDC yang baru muncul dalam air minuman di dalam senarai bahan pencemar yang perlu dipantau. Daripada kajian itu, didapati regulasi sistem bekalan air minuman yang tidak cekap terutamanya dalam sistem pengagihan yang berbeza-beza dari segi reka bentuk dan permintaan adalah antara faktor penyebab kepada kepekatan EDC yang didapati adalah berbeza-beza. Pencemaran air paip isi rumah diperhatikan pada tahap yang lebih tinggi dalam perumahan bertingkat tinggi untuk 10 daripada 18 EDC yang dipantau (testosteron, progesteron, estrone, dexamethasone, ciprofloxacin, sulfamethoxazole, diclofenac, bisphenol A, 4-octilphenol, dan diazinon). Selain itu, kehadiran EDC (kafein dan sulfamethoxazole) dan parameter kualiti air (kemasinan dan kekonduksian) dalam jenis perumahan yang berbeza adalah berbeza dengan ketara. Variasi ini disebabkan oleh sifat hidraulik yang berbeza bagi struktur jenis perumahan yang berbeza, yang mempunyai sistem pengagihan air yang berbeza seperti pengepaman dan penyimpanan dari segi reka bentuk dan pembinaan, serta permintaan air. Walaupun terdapat perbezaan, tiada potensi risiko pendedahan EDC untuk kumpulan umur yang berbeza melalui pengambilan air minuman.

Web: https://doi.org/10.1016/j.chemosphere.2020.128488

Tarikh Input: 09/05/2022 | Kemaskini: 09/05/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZHAp~