Penilaian Kualiti Untuk Aspek Metodologi Analisis Mikroplastik Dalam Tanah | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Penilaian kualiti untuk aspek metodologi analisis mikroplastik dalam tanah

Penilaian kualiti untuk aspek metodologi analisis mikroplastik dalam tanah

Oleh: Sarva Mangala Praveena, Ahmad Zaharin Aris and Veer Singh

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Oleh kerana kebanyakan sisa plastik dilupuskan, persekitaran tanah terdedah kepada pencemaran plastik yang meluas. Faktor luluhawa, degradasi, aktiviti mikrob dan kandungan tanah secara beransur-ansur memecahkan sisa plastik kepada zarah kecil yang dikenali sebagai mikroplastik. Akibatnya, tanah berkemungkinan bertindak sebagai sinki jangka panjang untuk mikroplastik yang 4–23 kali ganda lebih besar daripada persekitaran akuatik. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa kajian telah tertumpu pada kejadian, sumber yang berpotensi, dan implikasi ekologi sistem tanah. Walau bagaimanapun, penilaian kualiti terhadap aspek metodologi kajian mikroplastik tanah adalah kurang dan secara amnya masih kurang mantap. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menilai kualiti aspek metodologi yang melibatkan kajian mikroplastik tanah dengan mengguna pakai kaedah penilaian CRED. Sebanyak 35 kajian mikroplastik tanah telah dinilai dari segi aspek metodologi berdasarkan 13 kriteria. Penemuan penilaian kualiti menunjukkan bahawa tiada kajian mendapat markah maksimum dalam semua kriteria. Hal ini menunjukkan keperluan mendesak untuk jaminan kualiti yang dipertingkatkan untuk kajian mikroplastik tanah masa hadapan. Penggunaan jaminan kualiti yang betul dan langkah kawalan pencemaran akan menjamin data berkualti tinggi dan mewujudkan keyakinan terhadap penemuan kajian, yang membolehkan kebolehulangan dan kebolehbandingan serta kebolehterimaan digunakan dalam penilaian risiko.

Web: https://doi.org/10.1016/j.teac.2022.e00159

Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEUXAA~