Potensi Untuk Penternakan Udang Harimau Hitam (Penaeus Monodon) Dalam Persekitaran Rendah Saliniti | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Potensi untuk Penternakan Udang Harimau Hitam (Penaeus monodon) dalam Persekitaran Rendah Saliniti

Potensi untuk Penternakan Udang Harimau Hitam (Penaeus monodon) dalam Persekitaran Rendah Saliniti

Oleh: Md. Lifat Rahi, Khairun Naher Azad, Maliha Tabassum, Hasna Hena Irin, Kazi Sabbir Hossain, Dania Aziz, Azam Moshtaghi and David A Hurwood

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Udang harimau hitam (Penaeus monodon) ialah spesies krustasea kedua paling banyak diternak di dunia selepas Litopenaeus vannamei, dengan nilai pasaran kira-kira $US 7.35 bilion pada 2018. P. monodon ialah spesies akuakultur pantai utama di Asia Tenggara di mana ia menyumbang kepada ekonomi yang signifikan kepada kebanyakan negara. Penyakit bintik putih yang disebabkan oleh White Spot Syndrome Virus (WSSV) adalah penyakit yang paling meluas dan parah, ia juga berpotensi mengakibatkan kematian keseluruhan ternakan udang penaeid. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa WSSV tidak boleh merebak atau menyebabkan wabak penyakit dalam keadaan air tawar. Oleh itu, penternakan udang penaeid air tawar dapat membantu mengatasi cabaran wabak penyakit ini, seterusnya meningkatkan pengeluaran akuakultur. Tambahan pula, penanaman udang penaeid di air tawar menyediakan peluang untuk penternakan di kawasan pedalaman di mana air laut sukar diakses. Oleh itu satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan tahap kemasinan yang berbeza terhadap prestasi pengeluaran udang harimau. Keputusan menunjukkan potensi ternakan udang harimau hitam dalam persekitaran air tawar mempunyai kesan minimum terhadap prestasi pengeluaran yang boleh membantu meminimumkan wabak penyakit bintik putih.

Web: https://doi.org/10.3390/biology10121220

Tarikh Input: 29/06/2022 | Kemaskini: 29/06/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZQAL~