Quorum Sensing Diperlukan Untuk Virulensi Lengkap Vibrio Campbellii Terhadap Benih Ikan Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttacus) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Quorum sensing diperlukan untuk virulensi lengkap Vibrio campbellii terhadap benih ikan kerapu harimau (Epinephelus fuscoguttacus)

Quorum sensing diperlukan untuk virulensi lengkap Vibrio campbellii terhadap benih ikan kerapu harimau (Epinephelus fuscoguttacus)

Oleh: Noorashikin Md. Noor, Tom Defoirdt, Norfarrah Alipiah, Murni Karim, Hassan Daud, Natrah Ikhsan

Pengarang: Farah Izana Abdullah

 

Vibrio campbellii adalah antara patogen penyebab penyakit dalam akuakultur. Salah satu mekanisme yang mengawal virulensi V. campbellii adalah quorum sensing; iaitu komunikasi sel ke sel menggunakan molekul isyarat kecil. Molekul isyarat dikenali sebagai Harveyi autoinducer ‐ 1 (HAI ‐ 1), Autoinducer ‐ 2 (AI ‐ 2) dan Cholerae autoinducer ‐ 1 (CAI ‐ 1) yang akan dikesan oleh reseptor membran yang memberi signal transduksi yang mengakibatkan virulensi lengkap. Quorum sensing menjadi sasaran yang berkesan bagi mengawal penyakit yang disebabkan oleh V. campbellii. Oleh itu, satu penyelidikan dilakukan untuk mengkaji kesan quorum sensing terhadap virulensi V. campbellii terhadap larva kerapu harimau. Hasil kajian menunjukkan kadar mortaliti benih kerapu yang lebih tinggi jika dicabar dengan strain V. campbellii dengan system quorum sensing aktif jika dibandingkan dengan benih ikan yang dicabar dengan mutan di mana sistem quorum sensing tidak aktif. Molekul isyarat HAI ‐ 1 dan AI ‐ 2, tetapi tidak CAI ‐ 1, penting untuk virulensi penuh terhadap kerapu. Data ini menunjukkan bahawa perencatan sistem quorum sensing dapat menjadi strategi yang efektif untuk mengawal jangkitan V. campbellii terhadap benih ikan kerapu harimau.

Web: DOI: 10.1111/jfd.12946

Tarikh Input: 27/09/2021 | Kemaskini: 27/09/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdNAu~