RANGKAIAN PEMANTAUAN KUALITI AIR UNTUK PENILAIAN KESAN PENGGUNAAN TANAH | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » RANGKAIAN PEMANTAUAN KUALITI AIR UNTUK PENILAIAN KESAN PENGGUNAAN TANAH

RANGKAIAN PEMANTAUAN KUALITI AIR UNTUK PENILAIAN KESAN PENGGUNAAN TANAH

Jumaat, 28 Mei 2021

 

Oleh: Moriken Camara, Nor Rohaizah Jamil, Ahmad Fikri Bin Abdullah, Farah Izana Abdullah

 

Kualiti air merupakan keprihatinan global. Oleh itu, jaringan pemantauan kualiti air telah diperkembang untuk membekalkan informasi yang mencukupi mengenai kualiti air bagi tujuan perencanaan dan pengurusan sumber sungai yang lestari. Pentingnya mempunyai stesen yang tepat dan mampu mewakili sesuatu rangkaian untuk pemantauan kualiti air sungai sering diberikan perhatian. Di negara-negara membangun seperti Malaysia, kekurangan sumber kewangan merupakan salah satu punca kepada kekurangan kepadatan rangkaian didalam pemantauan kualiti air ini . Tadahan Sungai Selangor menjadi perhatian utama para penyelidik akademik dan pihak berkuasa pengurusan air di Malaysia kerana ianya merupakan sumber air terbesar bagi Kuala Lumpur dan Selangor. Justeru, kaedah yang jimat serta ditambah baik bagi mengoptimumkan jaringan pemantauan kualiti air di tadahan Sungai Selangor di Malaysia telah dicadangkan.

Teknik geo-statistik yang dipadankan dengan Kendall's W di ikuti dengan Cellular Automata dan Markov chain model (CA–Markov), Station Potential Pollution Score (SPPS) yang ditentukan berdasarkan Analytic Hierarchy Process (AHP) dan evaluasi fungsi keahlian fuzzy telah digunakan. Enam stesen persampelan paling cekap telah dikenal pasti untuk membina rangkaian yang mantap untuk pemantauan status kualiti air pada masa kini dan masa hadapan di tadahan Sungai Selangor. Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan pendekatan yang berguna kepada agensi dan pihak berwajib yang berkenaan untuk menetapkan kaedah yang sesuai bagi membangunkan jaringan pemantauan kualiti air yang efisien untuk sungai tropika.

 

Web: 10.1016/j.scitotenv.2020.139800

Tarikh Input: 31/05/2021 | Kemaskini: 31/05/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEUIAI~