Tahap Dan Keterukan Pencemaran Air Bawah Tanah Berdasarkan Mekanisme Hidrokimia Akuifer Pantai Tropika Berpasir | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Tahap dan keterukan pencemaran air bawah tanah berdasarkan mekanisme hidrokimia akuifer pantai tropika berpasir

Tahap dan keterukan pencemaran air bawah tanah berdasarkan mekanisme hidrokimia akuifer pantai tropika berpasir

Ditulis oleh: Noorain MohdIsa

Pulau-pulau kecil terdedah kepada ancaman aktiviti antropogenik dan semula jadi, terutamanya berkenaan dengan bekalan air tawarnya. Bekalan air tawar di pulau-pulau kecil mungkin terancam oleh resapan air laut ke dalam akuifer air tawar, biasanya disebabkan oleh pengepaman berlebihan. Kajian ini tertumpu kepada hidrokimia akuifer Pulau Kapas, yang mengawal komposisi air bawah tanah. Sampel air bawah tanah telah diambil dari enam lubang gerudi yang dibina untuk analisis dan pengukuran ion in-situ dan ion utamanya. Keputusan eksperimen menunjukkan korelasi yang positif dan signifikan antara Na–Cl (r = 0.907; p <0.01), yang boleh ditakrifkan sebagai kesan salinisasi. Mekanisme yang terlibat dalam perubahan kimia air bawah tanah ialah pertukaran ion dan mineralisasi. Proses ini boleh ditunjukkan menggunakan gambar rajah Piper di mana jenis air telah beralih kepada jenis air Na–HCO3 daripada jenis air Ca–HCO3. Indeks ketepuan telah dikira untuk menentukan keadaan tepu yang berkaitan dengan dissolution or the precipitation pencairan atau keadaan kerpasan batuan dasar akuifer. Kira-kira 76% daripada data yang dikumpul (n = 108) didapati berada dalam proses pelarutan mineral karbonat. Selain itu, korelasi antara jumlah CEC dan Ca menunjukkan hubungan yang positif dan kukuh (r = 0.995; p < 0.01). Ini menunjukkan bahawa komponen mineral utama di Pulau Kapas ialah ion Ca, yang menyumbang kepada komposisi kimia air bawah tanah. Output penyelidikan ini menerangkan mekanisme kimia yang dikaitkan dengan keadaan air bawah tanah akuifer Pulau Kapas

 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 26/01/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdOAz~