Toleransi Tetraselmis Tetrathele Kepada Nitrogen Ammonium Tinggi | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Toleransi Tetraselmis tetrathele kepada Nitrogen Ammonium Tinggi

Toleransi Tetraselmis tetrathele kepada Nitrogen Ammonium Tinggi

Oleh: Abd Wahab Farahin, Ikhsan Natrah, Norio Nagao, Fatimah Md. Yusoff, Mohamed Shariff1, Sanjoy Banerjee, Tomoyo Katayama, Masatoshi Nakakuni, Mitsuhiko Koyama, Kiyohiko Nakasaki and Tatsuki Toda

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Terdapat peningkatan permintaan untuk produk berasaskan mikroalga. Pasaran global untuk mikroalga diunjurkan pada USD 53.43 bilion pada tahun 2026 berbanding USD 32.60 bilion pada 2017. Angka-angka ini menunjukkan bahawa industri mikroalga semakin berkembang dan mendapat lebih perhatian untuk kegunaan meluas dalam pelbagai sektor pada masa hadapan.

Untuk memenuhi permintaan pasaran global yang semakin meningkat, penyelidikan untuk mencari sumber nutrien ekonomi bagi kultur mikroalga diperlukan. Nitrogen, dalam bentuk sama ada ammonium (NH+4) atau nitrat (NO3), merupakan nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan mikroalga yang seterusnya menyumbang kepada biojisim. Ia juga didokumenkan bahawa kepekatan nitrogen ammonium pada tahap tertentu adalah toksik dan boleh menghalang produktiviti mikroalga.

Walau bagaimanapun, beberapa kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa strain mikroalga yang berbeza memerlukan tahap pengambilan nitrogen yang berbeza. Tetraselmis tetrathele, yang tergolong dalam filum Chlorophyta, ialah mikroalga marin hijau yang digunakan secara meluas dalam akuakultur sebagai makanan untuk hidupan marin, seperti moluska, larva krustasea dan sebagai probiotik dalam ikan. Chlorophyceae diperhatikan menunjukkan toleransi yang ketara terhadap kepekatan nitrogen ammonium yang tinggi berbanding filum alga lain.

Satu kajian telah membuktikan bahawa kecekapan fotosintesis T. tetrathele meningkat dengan ketara (p < 0.05) dalam kepekatan tinggi NH+4-N selepas 24 jam. Kandungan klorofil a dalam T. tetrathele yang ditanam dalam semua aras NH+4-N yang berbeza meningkat dengan ketara. Penemuan juga menunjukkan bahawa T. tetrathele sangat tahan terhadap nitrogen ammonium tinggi. Cadangan T. tetrathele digunakan dalam industri akuakultur untuk tujuan bioremediasi untuk menghilangkan nitrogen ammonium, sekali gus mengurangkan kos pengeluaran di samping meningkatkan kualiti air.

Web: doi: 10.3389/fbioe.2021.568776

Tarikh Input: 29/06/2022 | Kemaskini: 01/07/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEYHAE~