03Mei. Lawatan Pengerusi Lembaga Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 03Mei. Lawatan Pengerusi Lembaga Universiti Putra Malaysia (UPM) ke I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson

03Mei. Lawatan Pengerusi Lembaga Universiti Putra Malaysia (UPM) ke I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson

Pengerusi Lembaga Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah melawat Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) pada 3 Mei 2023 yang terletak di UPM Kampus Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan beliau adalah untuk melihat sendiri kemudahan, pengurusan dan infrastruktur yang ada di I-AQUAS. Beliau juga dibawa menaiki bot penyelidikan I-AQUAS untuk aktiviti melepaskan ketam dan ikan jenahak di sekitar perairan Teluk Kemang. I-AQUAS diketauhi mempunyai kepakaran dalam pembenihan ketam dan udang galah.

Dalam lawatan tersebut, Dato Kamoo menekankan kepentingan I-AQUAS dalam membantu memajukan industri akuakultur negara. Selain itu, Dato Kamoo turut menyaksikan sendiri aktiviti penyelidikan dan pembenihan di I-AQUAS. Beliau merasakan I-AQUAS mampu untuk pergi dengan lebih jauh dalam bidang akuakultur dan sains marin.

Sebagai penutup, Dato Kamoo mengambil kesempatan untuk menggalakkan semua pihak untuk terus memajukan bidang akuakultur dan memberi sokongan kepada I-AQUAS agar dapat terus memainkan peranan penting mereka dalam pembangunan industri akuakultur negara.

Tarikh Input: 05/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEULA5~