06 September. Lawatan Pelajar Lishui University, China Ke I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 06 September. Lawatan Pelajar Lishui University, China ke I-AQUAS

06 September. Lawatan Pelajar Lishui University, China ke I-AQUAS

 

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

6 September 2023 I-AQUAS, Port Dickson, sebuah program lawatan sambil belajar telah dijalankan oleh Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, melibatkan pelajar-pelajar dari Universiti Lishui, China, yang terdiri daripada pelajar-pelajar fakulti ekologi dan perubatan. Kedatangan mereka adalah untuk memperoleh pengetahuan mengenai aquakultur yang terdapat di I-AQUAS.

Selama lawatan mereka, para pelajar telah diberikan peluang untuk mengamati secara dekat pelbagai aspek aquakultur yang diamalkan di I-AQUAS oleh kakitangan dan pelajar UPM. Ini termasuk teknik pengkulturan karang laut dan Herbarium, pembenihan ketam dan udang, serta kultur rumpai laut, Caulerpa lentillifera. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana teknologi dan amalan terkini digunakan untuk menjaga dan meningkatkan produktiviti dalam Bidang aquakultur.

Selepas lawatan di hatchery selesai, para pelajar dibawa menaiki bot untuk mengembara melalui perairan indah Port Dickson. Mereka dapat menikmati pemandangan menarik sambil memahami lebih mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan ekologi laut. Pelajar turut melepaskan Benih Ketam ditengah laut sebagai salah satu aktiviti pada hari tersebut

Lawatan ini telah membuka pintu kepada pertukaran ilmu pengetahuan dan pengalaman antara pelajar dari dua negara yang berbeza, membawa manfaat positif kepada kedua-dua pihak.

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 07/09/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIJAz~