11Jun. Program Wakaf Ketam | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 11Jun. Program Wakaf Ketam

11Jun. Program Wakaf Ketam

Disediakan Oleh: Mohd Fakhrulddin Ismail

11 Jun 2023, I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson. Mahasiswa UPM dari Kursus Kokurikulum Berkredit (QKW2109 Pengurusan Majlis Kumpulan 2 & QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 12) di bawah seliaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia telah menyertai program wakaf tersebut dan melepaskan 500 benih ketam renjung untuk diwakafkan kepada nelayan Teluk Kemang, PD.

Benih tersebut telah dilepaskan di perairan awam pantai Port Dickson bersebelahan Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), UPM bersempena dengan program Putra Bakti Bersama Komuniti anjuran Mahasiswa UPM Kursus Kokurikulum Berkredit Pengurusan Majlis dan Bakti Siswa.

Diharap melalui peluang perkongsian bersama Lensa IPT dapat membantu lebih ramai penyertaan orang ramai atau agensi dalam membantu program wakaf pelepasan benih ketam renjung untuk membantu para nelayan dan juga populasi semulajadi ketam renjung di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 15/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHPAG~