14 September, Perasmian Hari EKSA Dan Kelestarian Hijau Di I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 14 September, Perasmian Hari EKSA dan Kelestarian Hijau di I-AQUAS

14 September, Perasmian Hari EKSA dan Kelestarian Hijau di I-AQUAS

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

Pada 15 September 2023, di Port Dickson, Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris, Pengarah I-AQUAS, telah menyempurnakan majlis perasmian Hari EKSA dan Kelestarian Hijau peringkat Pusat Tanggungjawap. Program ini tidak hanya dimeriakan dengan aktiviti gotong-royong, mengecat bangunan dan menghias bangunan makmal untuk sudut bacaan dan sudut lestari hijau. Sejajar dengan visi dan misi Universiti Putra Malaysia yang menekankan amalan persekitaran kerja yang mampan dan mesra alam, I-AQUAS turut membangunkan sistem tunaian Air Hujan untuk tujuan penjimatan air hujan yang inovatif. Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan air dengan mengumpul air hujan untuk kegunaan harian, yang merupakan satu langkah penting dalam pemeliharaan sumber air kita. Selain itu, penceramah-penceramah dalam bidang EKSA dan Kelestarian Hijau dari UPM Serdang turut dijemput untuk memberikan ceramah dan penerangan kepada kakitangan I-AQUAS. Sesi ceramah adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mencipta persekitaran kerja yang kondusif dan berteraskan nilai-nilai kelestarian. Melalui perkongsian pengetahuan ini, harapannya ialah agar semua kakitangan I-AQUAS dapat bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat ini dalam kegiatan harian mereka.

 

Tarikh Input: 15/09/2023 | Kemaskini: 15/09/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIHAY~