15Jun. Penerima Geran | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 15Jun. Penerima Geran

15Jun. Penerima Geran

Disediakan oleh: Mohd Fakhrulddin Ismail

15Jun 2023- I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson, Warga I-AQUAS dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada penerima Geran "Knowledge Transfer Grant Scheme" Jaringan Industri dan Masyarakat (KTGS JINM) untuk Tahun 2023. Projek ini telah diberikan kepada Ketua Projek Dr. Nur Leena Wong Wai Sin dan Ahli Mohd Fakhrulddin Ismail dengan judul "Seaweed Cultivation and Health Awareness Program at Omadal Island, Sabah" yang berjumlah RM85,050.00.

 

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Projek Dr. Illisriyani Ismail di bawah Projek "Commercialization of produce in seaweed cultivation and health awareness program at Omadal Island, Sabah" dengan jumlah Geran sebesar RM60,100.00.

 Geran ini akan digunakan untuk memperluas pengetahuan dan kesedaran tentang perusahaan rumpai laut serta menjalankan program kesihatan di Pulau Omadal, Sabah. Inisiatif ini diharapkan akan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat dan mempromosikan pertumbuhan industri rumput laut di kawasan tersebut.

 Kami mengucapkan selamat kepada kedua penerima Geran atas pencapaian mereka yang luar biasa ini. Semoga projek ini berjalan lancar dan memberikan impak yang positif bagi masyarakat dan industri rumpai laut negara. Teruskan usaha yang baik!

Tarikh Input: 15/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHOAL~