16 Oktober, I-AQUAS MENERIMA LAWATAN DARIPADA PENYELIDIK NTNU | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 16 Oktober, I-AQUAS MENERIMA LAWATAN DARIPADA PENYELIDIK NTNU

16 Oktober, I-AQUAS MENERIMA LAWATAN DARIPADA PENYELIDIK NTNU

Disediakan Oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

16 Oktober 2023 -I-AQUAS, Port Dickson, Profesor Dr. Martina Maria Keitsch dari Norwegian University of Science and Technology (NTNU) mengunjungi Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) dengan tujuan mengadakan perbincangan bersama dalam potensi pengembangan produk dari rumpai laut. Kunjungan ilmiah ini membantu memperkuat kerjasama antara NTNU dan I-AQUAS dalam pengembangan sumber daya laut yang mampan.

Dalam kunjungannya, Prof. Dr. Martina Maria Keitsch bersama penyelidik menunjukan minat dalam potensi penggunaan rumput laut untuk perbagai aplikasi, termasuk makanan, produk kosmetik dan kelestarian hijau.

dalam lawatan tersebut, para pelawat berkesempatan untuk melihat secara langsung pengkulturan rumpai laut di hatcheri I-AQUAS. Mereka diberikan penjelasan terperinci mengenai teknik pengkulturan yang digunakan dan kondisi kultur yang optimal.

semoga Kunjungan ini akan menjadi titik tolak kepada kerjasama antara NTNU dan I-AQUAS dalam meneroka potensi rumpai laut sebagai sumber daya alam yang bernilai dalam upaya mendukung kemampanan dan inovasi di sektor perikanan dan akuakultur.

Tarikh Input: 21/10/2023 | Kemaskini: 23/10/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHNAy~