16Mei. Institut Antarabangsa Akuakultur Dan Sains Akuatik (I-AQUAS) Menerima Kakitangan Baru | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 16Mei. Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) menerima Kakitangan Baru

16Mei. Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) menerima Kakitangan Baru

Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) menerima Kakitangan Baru

16 Mei 2023, I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson - Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) dengan bangganya mengumumkan penerimaan tiga kakitangan baru dalam usaha mempercepat perjalanan pengurusan dan meningkatkan prestasi institut ini. Penerimaan kakitangan baru ini diharapkan akan memberi manfaat kepada I-AQUAS serta memperkuat lagi kehadiran dan reputasi institut dalam bidang akuakultur dan sains akuatik.

Kakitangan baru yang terpilih adalah Intan Nurdiah binti Mohd Haris, Mohd Shazwan bin Jamhari, dan Siti Nur Halimah binti Suboh. Setiap anggota baru ini membawa kepakaran dan pengalaman yang berharga ke I-AQUAS, serta komitmen yang tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan sektor akuakultur dan sains akuatik.

Intan Nurdiah binti Mohd Haris, dengan latar belakang dalam Bidang dasar pembangunan pertanian, diangkat sebagai Penyelaras Unit Penjanaan I-AQUAS. Beliau akan bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti penjanaan Institut dalam keadaan baik dan rancak, termasuk pengurusan sumber daya dan pembangunan program-program berkualiti.

Mohd Shazwan bin Jamhari telah dilantik sebagai Pegawai Sains di I-AQUAS bermula 3 April 2023. Beliau akan menjalankan tugas dalam pengurusan makmal dan secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti hatcheri. Keahlian dan pengalaman beliau akan memainkan peranan penting dalam membantu memajukan pengetahuan dalam bidang akuakultur dan juga menerapkan amalkan pengurusan yang lebih mampan.

 

 

Siti Nur Halimah binti Suboh, merupakan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), yang bertugas di I-AQUAS untuk mengurus dan melaksanakan bahagian Pengurusan Geran Penyelidikan (Universiti/awam/swasta/antarabangsa), Pengurusan Siswazah dan juga bertanggungjawab di bawah Unit Penjanaan yang dijalankan oleh institut. Dengan kepakarannya dalam perancangan dan pengurusan projek, beliau akan memastikan pencapaian matlamat dan kejayaan projek-projek tersebut.

Profesor Dr. Ahmad Zaharin Aris, Pengarah I-AQUAS, mengucapkan selamat datang kepada kakitangan baru ini didalam Majlis Hari Raya I-AQUAS baru-baru ini, dan diiharap dengan kepakaran dan komitmen mereka, I-AQUAS akan menjadi lebih kukuh dalam usaha untuk memajukan ilmu akuakultur dan sains akuatik.

Dari Kiri, Puan Intan Nurdiah, En Mohd Shazwan dan Cik Puan Siti Nur Halimah

Tarikh Input: 16/05/2023 | Kemaskini: 16/05/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEYIAC~