20 September, Program Kesedaran | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 20 September, Program Kesedaran

20 September, Program Kesedaran

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

20 September 2023 - I-AQUAS, telah mengadakan program kesedaran bertajuk "Plastic Pollution Campaign" bersama Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan di Port Dickson. Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari program pendidikan khas dan integrasi, dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran plastik dan kesannya terhadap hidupan laut.

Aktiviti dalam program ini sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman pelajar mengenai pencemaran plastik. Inisiatif ini mencakupi beberapa kegiatan seperti tayangan video kesedaran yang memaparkan impak buruk pencemaran plastik terhadap ekosistem laut. Pelajar juga diberikan penerangan mendalam mengenai cara-cara mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian mereka.

Salah satu aspek menarik program ini adalah aktivi terapi pasir yang dijalankan di pantai. Aktiviti ini tidak hanya memberikan peluang kepada pelajar untuk bersantai di tepi pantai, tetapi juga membantu mereka untuk lebih menghargai keindahan alam semulajadi serta pentingnya menjaga pantai dan laut kita.

Pada sebelah tengahari, pelajar telah diajar cara menanam pokok dalam bekas plastik kitar semula. Ini adalah langkah yang bermakna dalam menggalakkan pelajar untuk mengambil tanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengurangkan penghasilan plastik buangan.


Program kesedaran "Plastic Pollution Campaign" ini adalah satu langkah penting dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran plastik dan melindungi alam semulajadi kita. I-AQUAS berharap bahawa program seperti ini akan terus diadakan untuk membina kesedaran dan menjaga kelestarian alam kita di masa depan.

Tarikh Input: 21/09/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHSAD~