20Jun. Mesyuarat Strategik Antarabangsa Mengenai Akuakultur Dan Makanan Laut Antara DaNAGREEN Dan I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 20Jun. Mesyuarat Strategik Antarabangsa Mengenai Akuakultur dan Makanan Laut antara DaNAGREEN dan I-AQUAS

20Jun. Mesyuarat Strategik Antarabangsa Mengenai Akuakultur dan Makanan Laut antara DaNAGREEN dan I-AQUAS

Disediakan Oleh: Mohd Fakhrulddin Ismail

20 Jun, I-AQUAS, Port Dickson, Negeri Sembilan - Dalam upaya untuk memajukan industri akuakultur dan makanan laut, DaNAGREEN dan I-AQUAS telah mengadakan mesyuarat strategik yang berlangsung pada 20 Jun 2023 di bangunan Pentadbiran I-AQUAS, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kampus Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mesyuarat penting ini, yang diadakan dari jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari, Perbincangan fokus pada potensi kerjasama dalam projek-projek penyelidikan, serta pemindahan ilmu dan pengetahuan untuk meningkatkan prestasi industri ini.

Selain perbincangan strategik, pelawat turut dijemput untuk melawat Hatcheri. Dalam lawatan tersebut, mereka dapat melihat secara langsung beberapa spesies penting dalam akuakultur seperti Latok (Caulerpa lentillifera), Ketam Renjong, Tiram, dan Koleksi Mikroalga. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pemahaman mendalam tentang pemeliharaan dan perkembangan spesies ini dalam konteks penyelidikan dan pembangunan industri akuakultur.

Mesyuarat antara DaNAGREEN dan I-AQUAS ini diharapkan akan membuka pintu kepada kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua pihak, serta memberikan impak positif kepada pembangunan dan pertumbuhan industri akuakultur dan makanan laut di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Ini adalah langkah penting dalam memperkukuhkan sinergi dan pemindahan ilmu antara organisasi penyelidikan dan industri bagi memajukan potensi sumber daya akuatik negara, serta untuk memenuhi permintaan makanan laut yang semakin meningkat secara lestari.

Tarikh Input: 20/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIEAp~