Disediakan oleh: Mohd Fakhrulddin Ismail
26 Julai 2023, I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson. Rombongan pelajar dari Raudhah Secondary School (RSS), Kajang telah membuat lawatan sambil belajar ke I-AQUAS. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aktiviti akuakultur dan I-AQUAS kepada pelajar, sekaligus memupuk kesedaran awal mereka tentang pentingnya sumber daya akuatik dan peranannya dalam keselamatan industri makanan dan sumber protein di masa depan.
Pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat di sekolah tersebut telah ditemani oleh guru-guru pengiring. Ketibaan mereka dimulai dengan penerangan ringkas mengenai I-AQUAS dan aktiviti yang ada disini. Pelajar-pelajar kemudiannya dibawa melawat Hatcheri A, B dan C. Mereka diperkenalkan dengan teknologi kultur yang digunakan dalam penyelidikan akuakultur dan dipaparkan kepada praktik-praktik terbaik dalam menjaga kesihatan biota akuatik dan memastikan kualiti air yang baik bagi pertumbuhan dan kesihatan haiwan akuatik.
Diharapkan, melalui pendedahan ini, pelajar-pelajar akan menjadi lebih terinspirasi untuk mengejar bidang penyelidikan dan profesional dalam industri akuakultur, memberikan sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan negara.Dengan berakhirnya lawatan, para pelajar diharapkan membawa pulang ilmu dan pengalaman yang berharga ini ke dalam bilik darjah, berkongsi dengan rakan-rakan mereka, dan mengaplikasikan pengetahuan baru mereka dalam bidang akuakultur untuk masa depan yang lebih baik.
Tarikh Input: 23/07/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | m_fakhrulddin