26 September, Lawatan Dan Gotong Royong EKSA Di I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 26 September, Lawatan dan Gotong Royong EKSA di I-AQUAS

26 September, Lawatan dan Gotong Royong EKSA di I-AQUAS

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail.

26 September 2023, I-AQUAS - Program lawatan dan gotong royong EKSA yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan Akuakultur dan tempat kerja konduksif telah berjaya diadakan dengan jayanya di I-AQUAS. Program ini melibatkan kakitangan I-AQUAS serta 11 peserta dari Queensland University of Technology.

Program bermula dengan sesi penerangan yang diberikan kepada peserta di dalam dewan Hatcheri. Selepas itu, peserta dibawa ke Hatcheri untuk pengenalan ringkas kepada kultur ketam, pengkajian karang laut, dan pentingnya rumpai laut dalam ekosistem laut.

Selain itu, peserta turut diberi peluang untuk memahami bagaimana pengurusan Hatcheri dilaksanakan secara keseluruhan. Setelah selesai dengan sesi lawatan, program berlanjutan dengan aktiviti gotong royong. Peserta dan kakitangan I-AQUAS berganding bahu dalam membersihkan kawasan Hatcheri. Ini termasuklah pembersihan tangki dan rawatan air untuk memastikan sumber air bersih di kawasan ini dapat dikekalkan dengan baik.

Tarikh Input: 27/09/2023 | Kemaskini: 21/10/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIFAO~