3 Ogos Pameran Akuakultur I-AQUAS Di Sekolah Panglima Adnan Port Dickson | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 3 Ogos Pameran Akuakultur I-AQUAS di Sekolah Panglima Adnan Port Dickson

3 Ogos Pameran Akuakultur I-AQUAS di Sekolah Panglima Adnan Port Dickson

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

Hari Terbuka Sekolah Nukleus TS25 SK Panglima Adnan: A Day of Exploration and Learning

Port Dickson, 3 Ogos 2023 - Semperna hari Sekolah Nukleus TS25 SK Panglima Adnan sempena perayaan Hari Terbuka mereka. Pihak sekolah telah menjemput I-AQUAS , Universiti Putra Malaysia (UPM), Port Dickson untuk menyertai acara ini yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Acara Hari Terbuka ini telah disusun rapi dengan pelbagai aktiviti menarik yang pasti akan menarik minat semua yang hadir. Salah satu highlight acara ini adalah pameran pendidikan yang dianjurkan oleh sekolah. Pameran ini merangkumi:

1. Unit beruniform SKPA yang menunjukkan kesungguhan dan disiplin dalam pelbagai aktiviti.
2. Kelab STEM SKPA yang memukau para pelawat dengan projek-projek inovatif dan saintifik.
3. Geng Hero SKPA yang menonjolkan semangat kecemerlangan dan kepimpinan.
4. Persembahan dari SK Seremban 2A dan SK Seremban Jaya 2 yang memukau dengan pencapaian pelajar.
5. IPGK Pendidikan Teknik, UPM, UNITI, dan UNIMEL yang turut menyertai pameran untuk memberikan pendedahan pendidikan yang lebih luas kepada pelawat.

6. Tech Up, sebuah inisiatif yang mendorong perkembangan teknologi dan keusahawanan di kalangan pelajar.
7. Klinik Pergigian yang memberikan nasihat dan perkhidmatan berkaitan kesihatan mulut kepada semua.
8. Pameran senjata yang dipamerkan oleh pihak tentera darat, memberikan wawasan tentang pertahanan negara.

Tidak hanya pameran pendidikan, acara ini juga menyediakan agensi luar yang turut mengambil bahagian seperti Booth SSPN, Booth TNB, dan Booth Bank Rakyat untuk memberi maklumat berharga kepada hadirin.

Tidak hanya pameran pendidikan, acara ini juga menyediakan agensi luar yang turut mengambil bahagian seperti Booth SSPN, Booth TNB, dan Booth Bank Rakyat untuk memberi maklumat berharga kepada hadirin.

Pelawat juga berpeluang untuk melihat pameran bilik-bilik khas di sekolah, termasuk Makmal Sains yang menarik, Bilik Bimbingan & Kaunseling yang memberi panduan dan sokongan emosi kepada pelajar, serta Galeri Sejarah yang membawa nostalgia.

Aktiviti-aktiviti menarik turut diadakan seperti Bengkel Robotik dan Bengkel Batik yang memacu kreativiti pelajar. Pertandingan Mewarna, Pertandingan Cup Stacking, dan Pertandingan Bento Duo turut menyemarakkan acara ini. Bagi mereka yang gemar haiwan, Petting Zoo turut disediakan dengan bayaran RM5.

Di samping itu, terdapat Booth derma darah yang mengajak semua untuk memberikan sumbangan berharga dalam bentuk darah. Ini adalah peluang untuk membantu tabung darah negara. Pelawat yang berminat diminta membawa kad pengenalan atau pasport serta buku.

Hari Terbuka Sekolah Nukleus TS25 SK Panglima Adnan adalah satu acara yang menceriakan dan penuh ilmu, menjadikan ia destinasi terbaik untuk keluarga dan komuniti Port Dickson.

 

Tarikh Input: 22/08/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIEA2~