6 Nov Majlis Perasmian Eco Schools Malaysia & GEP Roadmap 2030 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 6 Nov Majlis Perasmian Eco Schools Malaysia & GEP Roadmap 2030

6 Nov Majlis Perasmian Eco Schools Malaysia & GEP Roadmap 2030

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

TEMERLOH, 6 November 2023 -  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Eco-Schools Malaysia & GEP Roadmap 2030 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang. Turut hadir YAB Dato' Sri Wan Rosly bin Wan Ismail (Menteri Besar Pahang) dan  YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak (Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang), YB Puan Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia), Sahibus Saadah Dato’ Badli Shah bin Alauddin (Timbalan Mufti Negeri Pahang)  YDH. Dato’ Sri Yahaya Bin Othman (Ketua Polis Pahang), YH. Dato' Khairul Rizal bin Ramli (Pegawai Daerah Temerloh), YDH. Supt. Roslee bin Omar (Timb. Ketua Polis Daerah Temerloh), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah.  Majlis yang berlangsung pada jam 11.00 pagi ini merupakan satu langkah penting dalam usaha mempromosikan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan generasi muda. Dalam majlis berprestij ini, I-AQUAS turut serta dengan pameran yang berkonsepkan akuakultur dan sains akuatik. Kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam majlis ini memberikan sokongan dan pengiktirafan kepada usaha-usaha yang dilakukan dalam memastikan pendidikan alam sekitar menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia. Eco-Schools Malaysia & GEP Roadmap 2030 adalah langkah strategik untuk mencapai matlamat ini, dengan menitikberatkan pada pendidikan berkaitan alam sekitar dan pengurusan sumber alam yang berkesan. Majlis Perasmian Eco-Schools Malaysia & GEP Roadmap 2030 di SBPI Temerloh adalah satu acara bersejarah yang akan terus mengilhami generasi muda Malaysia untuk menjadi pelindung alam sekitar dan pemimpin dalam usaha pemuliharaan alam sekitar di masa hadapan.

Tarikh Input: 07/11/2023 | Kemaskini: 17/11/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIEAf~