6 Oktober, Latihan GIS & RS Untuk Tindakan Kecemasan Dan Perancangan | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 6 Oktober, Latihan GIS & RS untuk Tindakan Kecemasan dan Perancangan

6 Oktober, Latihan GIS & RS untuk Tindakan Kecemasan dan Perancangan

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

 

Port Dickson, 6 Oktober 2023 - Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia, telah menganjurkan latihan bertajuk "GIS & RS Training for Emergency Response and Planning" pada 6 hingga 7 Oktober 2023. Latihan dua hari ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam penggunaan Geographic Information Systems (GIS) dan Remote Sensing (RS) dalam konteks tindakan kecemasan. topik utama dalam latihan ini adalah penguasaan alatan dan teknik GIS, yang memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana menggunakan teknologi GIS untuk mengumpul, menganalisis, dan menghubungkan data geografik yang penting dalam situasi kecemasan. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengaplikasikan GIS dalam senario kecemasan, yang memungkinkan mereka merancang dan menyusun strategi respons yang lebih berkesan.

 

Tarikh Input: 10/10/2023 | Kemaskini: 21/10/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIHAz~