6Julai. Taklimat Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 6Julai. Taklimat Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan

6Julai. Taklimat Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan

Disediakan oleh: Mohd Fakhrulddin Ismail

6 Julai 2023, I-Aquas, UPM Kampus Port Dickson - LINOSH Resources, sebuah syarikat ternama dalam bidang pengurusan bahan kimia, telah menjalankan taklimat Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (Chemical Health Risk Assessment) dengan memberi tumpuan kepada beberapa bahagian penting di I-AQUAS. Sesi taklimat ini berlansung pada hari Khamis, 6 Julai 2023, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, Bersama semua kakitangan I-AQUAS. Taklimat tersebut memfokuskan kepada penaksiran risiko kepada kakitangan dan tempat kerja yang kondusif dan selamat. Pihak Linosh Resources juga melakukan lawatan ke Makmal Mikroalga, Makmal Penyelidikan, Hatcheri, Bengkel, serta Stor Bahan Kimia, Pelupusan Sisa Kimia & e-Waste untuk memberi panduan dan penerangan jelas mengenai risiko dan pengurusan yang betul kepada kakitangan terlibat.

Tarikh Input: 10/07/2023 | Kemaskini: 23/07/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIIAS~