9 Oktober Kunjungan Yang Berhormat Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ke I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 9 Oktober Kunjungan Yang Berhormat Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke I-AQUAS

9 Oktober Kunjungan Yang Berhormat Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke I-AQUAS

Di sediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) dengan sukacitanya menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Tuan Fahmi Zainol, Exco Agroteknologi & Keterjaman Makanan dan Pembangunan Koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka potensi akuakultur yang ada di I-aQUAS serta peluang kerjasama yang mungkin dibangunkan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan institut ini. Tuan Fahmi Zainol disambut mesra oleh Pengarah I-AQUAS, Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris dan ahli Pengurusan I-AQUAS yang lain. Beliau turut diberi penerangan mengenai peranan dan usaha yang dilakukan oleh I-AQUAS dalam bidang akuakultur dan penyelidikan sains akuatik. Kunjungan ini melibatkan sesi lawatan ke fasiliti-fasiliti akuakultur yang terdapat di I-AQUAS. Berdasarkan lawatan tersebut, perbincangan turut dibuat dalam peluang kerjasama di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan I-AQUAS dalam usaha memajukan sektor akuakultur. Ini kemampuan I-AQUAS untuk menawarkan program latihan, pertukaran penyelidik, dan inisiatif lain yang akan memberi manfaat kepada industri akuakultur di Pulau Pinang.

Tarikh Input: 10/10/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFIEA3~