Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail
5 Disember, Port Dickson, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) telah mengadakan latihan kebakaran (fire drill) dengan bantuan Balai Bomba Teluk Kemang, Port Dickson pada Khamis 5 Disember 2024. Tujuan utama latihan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan latihan praktikal kepada semua warga institut tentang langkah-langkah yang perlu diambil semasa kecemasan.
Balai Bomba Teluk Kemang telah datang untuk memberikan penerangan dan demonstrasi kepada semua ahli pengurusan dan kakitangan I-AQUAS. Latihan ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat, dan telah dijayakan dengan lancar dan berkesan.
Tahniah diucapkan kepada Pegawai Sains I-AQUAS, En. Mohd Shazwan Jamhari atas kejayaan beliau dalam mengadakan latihan kebakaran ini. Usaha beliau telah memastikan bahawa semua kakitangan I-AQUAS lebih bersedia dan berinformasi dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan yang mungkin berlaku di masa hadapan.

Tarikh Input: 02/12/2024 | Kemaskini: 06/12/2024 | m_fakhrulddin
