Feb17. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Andata Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Syarikat Serandu Aquaponic (SAS) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Feb17. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) andata Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Serandu Aquaponic (SAS)

Feb17. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) andata Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Serandu Aquaponic (SAS)

[17 Februari 2023 | Jumaat | Serandu, Pekan, Pahang]
Disunting oleh: En. Fakhrulddin Ismail & Dr. Illisriyani Ismail
 
Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia, bersama-sama Jabatan Perikanan Negeri Pahang (DOF PAHANG) telah menganjurkan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Serandu Aquaponic System Sdn. Bhd. (SAS) yang telah berlangsung dengan jayanya di Serandu, Pekan, Pahang. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini disaksikan oleh YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang.
 
Majlis tersebut dihadiri oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia; YH. Dato' Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya yang mewakili Ketua Pengarah Perikanan Malaysia; YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan; YH. Dato' Mohd Azmi bin Mohd Amin, Pengerusi Syarikat Aquaponic System Sdn. Bhd. (SAS); YBrs. En. Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang; YBhg. Prof. Dr. Ahmad Zaharin bin Aris, Pengarah Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS); Ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah Kerajaan Negeri & MAFS, pensyarah/pegawai UPM, pegawai/kakitangan DOF Pahang dan Syarikat Aquaponic System Sdn. Bhd. (SAS). MoU ini terjalin menerusi Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) UPM yang menjalankan projek bersama SAS untuk memperkasakan lagi industri akuakultur dan meningkatkan pemgembangan serta penyelidikan industri ini di Pahang.
  
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 16/03/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdFAc~