FEB: Aktiviti Pengkulturan Rumpai Laut Di Pulau Omadal Oleh Penyelidik I-AQUAS Dan Fakulti Pertanian | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » FEB: Aktiviti Pengkulturan Rumpai Laut di Pulau Omadal oleh Penyelidik I-AQUAS dan Fakulti Pertanian

FEB: Aktiviti Pengkulturan Rumpai Laut di Pulau Omadal oleh Penyelidik I-AQUAS dan Fakulti Pertanian

26 - 30 Januari 2024, Pulau Omadal - Sebuah program pengkulturan rumpai laut telah dijalankan di Pulau Omadal, Sabah oleh penyelidik dari Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) dan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). Penyelidik yang terlibat adalah Prof Dr. Muta Harah Zakaria dari Fakulti Pertanian dan En. Mohd Fakhrulddin Ismail, Dr. Illisriyani Ismail dan Dr. Nur Leena Wong Wai Sin dari I-AQUAS.

Program ini bermula dengan aktiviti penerangan dan pengenalan sistem kultur kepada komuniti Pulau Omadal. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan teknik pengkulturan rumpai laut kepada komuniti setempat sebagai usaha untuk memajukan industri akuakultur di kawasan tersebut.

Program ini telah mendapat respons yang sangat positif daripada penduduk kampung. Mereka menunjukkan minat yang tinggi dan bersemangat untuk belajar tentang teknik-teknik baru dalam pengkulturan rumpai laut.

Kami berharap program ini akan membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat dalam pengkulturan rumpai laut, dan seterusnya membantu dalam memajukan industri akuakultur di Pulau Omadal.

 Aktiviti Gotong royong mengikat bibit rumpai laut oleh Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) dibimbing oleh Penyelidik Dr. Nur Leena Wong Wai sin

Aktiviti menurunkan bibit rumpai laut untuk dipindahkan ke ladang terbuka dilaut lepas oleh komuniti.

 Lawatan ke tempat pengeringan rumpai laut yang dijalankan oleh komuniti setempat. 

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHQAM~