FEB: I-AQUAS Ke Arah Keterjaminan Makanan : Pelepasan Ketam Renjong | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » FEB: I-AQUAS ke arah Keterjaminan Makanan : Pelepasan Ketam Renjong

FEB: I-AQUAS ke arah Keterjaminan Makanan : Pelepasan Ketam Renjong

KOTA TINGGI, 20 Januari - Karnival Komuniti MADANI Sedili, Kota Tinggi telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Karnival ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan disertai oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta agensi-agensi swasta dan kerajaan.

Institut Antarabangsa dan Sains Akuatik (I-AQUAS UPM) diwakili  Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengarah I-AQUAS, Prof. Dr.  Ahmad Zaharin Aris telah melepaskan benih ketam Renjong diwakili oleh bersama YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melepaskan benih ketam tersebut sebagai inisiatif untuk mengekalkan sumber perikanan dan menjamin rantaian makanan negara.

Penglibatan UPM dalam karnival ini adalah sebahagian daripada usaha utama untuk memastikan kelestarian sumber makanan dapat dikekalkan pada masa akan datang dan pemuliharaan ekosistem perikanan dalam keadaan yang terbaik.

May be an image of 5 people and text

 

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHOAa~