FEB 2025 - Lawatan Delegasi SEARCA Ke I-AQUAS, UPM | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK i-aquas
» BERITA » FEB 2025 - Lawatan Delegasi SEARCA ke I-AQUAS, UPM

FEB 2025 - Lawatan Delegasi SEARCA ke I-AQUAS, UPM

18 Dec, 2024

Institut Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia, berbesar hati menerima lawatan daripada delegasi Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA), sebuah organisasi berpusat di Filipina yang telah memberikan geran penyelidikan kepada Dr. Fikri, Ketua Laboratori Ekosistem dan Pengurusan Akuatik, I-AQUAS. Fokus utama geran ini adalah pembangunan teknologi Internet of Things (IoT) dalam akuakultur, melibatkan: Pemantauan parameter air secara automatik, dan Autofeeding berasaskan AI, yang mampu mengira jisim ikan dengan lebih tepat. Semasa lawatan, delegasi SEARCA menilai perkembangan projek penyelidikan ini dan turut mengadakan sesi pertemuan dengan penternak akuakultur tempatan. Seminar khas kepada penternak tempatan telah disampaikan oleh Ms. Darlyn mengenai manfaat dan potensi teknologi IoT serta AI dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti akuakultur. I-AQUAS amat menghargai sokongan SEARCA dan yakin bahawa inovasi teknologi ini mampu memberi impak yang signifikan kepada pembangunan sektor akuakultur di Malaysia dan serantau.

Tarikh Input: 03/02/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | nurulainramli

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
X, (12:41:34pm-12:46:34pm, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]