I-AQUAS ANJUR SIRI WEBINAR 2021 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » I-AQUAS ANJUR SIRI WEBINAR 2021

I-AQUAS ANJUR SIRI WEBINAR 2021

Oleh: Nur Syahirah Ibrahim

PORT DICKSON, 4 Feb – Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Siri Webinar yang pertama iaitu ‘Developing Convincing Strategic Partnership Grant: Research and Community’. Webinar ini telah diadakan menggunakan platform Webex dengan jumlah kehadiran melebihi 50 orang.

Untuk siri webinar pertama pada tahun 2021, para saintis I-AQUAS telah berkongsi petua dan pengalaman mereka dalam mengembangkan geran perkongsian strategik yang meyakinkan untuk penyelidikan dan komuniti. Panel jemputan ialah Prof. Dr. Aziz bin Arshad dan Prof. Madya Dr. Natrah Fatin binti Mohd Ikhsan yang merupakan Penyelidik Bersekutu I-AQUAS. Manakala moderator yang mengendalikan sesi Webinar ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri bin Abdullah, Ketua Laboratori Ekosistem Akuatik dan Pengurusan.

Siri webinar I-AQUAS adalah program yang diatur untuk mengetengahkan kepakaran dan juga siri penemuan yang tidak hanya terbatas pada bidang akuakultur dan sains akuatik.

Tarikh Input: 28/02/2021 | Kemaskini: 16/04/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEbCAp~