I-AQUAS BERJAYA MEMPEROLEH GERAN ANTARABANGSA | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » I-AQUAS BERJAYA MEMPEROLEH GERAN ANTARABANGSA

I-AQUAS BERJAYA MEMPEROLEH GERAN ANTARABANGSA

 

 

Perbandingan saiz anak ikan kelah yang diberi makanan rumusan sisa buah nangka (fed with jackfruit pulp) dan rawatan kawalan (the control)

 

Isnin, 16 Mac 2020

 

Oleh : Prof Dr. Fatimah Md Yusoff

Serdang : Kerjasama penyelidikan antarabangsa di antara Universiti Kindai dan Universiti Putra Malaysia menggunakan sisa buah-buahan untuk makanan ikan yang dibiayai oleh Dana JSPS Kakenhi (2018-2019) dan geran penyelidikan Yayasan Toyo Suisan (2019-2020) telah menilai pemakanan dan manfaat ekonomi dalam pengunaan pelbagai sisa buah-buahan tempatan dalam diet yang dirumus untuk ikan kelah (Tor tambroides). Sisa buah-buahan dan produk-lebihan merupakan sumber sebatian yang berpotensi dan berharga termasuk anti-mikrob, anti-oksidan, fitokimia (flavonoid, karotenoid, dan fenolik) serta vitamin penting yang mengandungi ciri nutrisi dan pelbagai fungsi biologi. Kajian menunjukkan bahawa sisa buah-buahan daripada kelapa, nanas, dan nangka berguna untuk meningkatkan kualiti daging ikan dan rasa, biokimia darah, hati dan usus serta imuniti dalam ikan tilapia dan kelah. Hasil kajian seperti gambar di atas adalah contoh yang menunjukkan peningkatan positif dari segi saiz anak ikan kelah. Diharapkan hasil kajian ini dapat digunapakai di dalam negara ke arah memacu pertumbuhan ekonomi penternak dan petani.

Para Penyelidik:

  1. Dr. Fatimah Md Yusoff – Ketua Projek, UPM
  2. Madya Dr Yukichika Kawata – Penyelaras Projek, Universiti Kindai, Jepun
  3. Dr. Mohd Salleh Kamaruddin – Saintis Pemakanan Ikan, UPM
  4. Madya Dr. S.M. Nurul Amin – Saintis Biologi Ikan, UPM
  5. Sulaiman M. Aliyu – Pembantu Penyelidik Siswazah, Pelajar PhD,UPM
  6. Nur Azrie Mohd Zain – Pembantu Penyelidik Siswazah, Pelajar MSc, UPM

 

 

 

Tarikh Input: 19/03/2020 | Kemaskini: 11/04/2020 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEbJAa~