JAN: I-AQUAS, UPM Mampu Penuhi Permintaan Industri Bidang Akuakultur Dan Sains Akuatik | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » JAN: I-AQUAS, UPM mampu penuhi permintaan industri bidang akuakultur dan sains akuatik

JAN: I-AQUAS, UPM mampu penuhi permintaan industri bidang akuakultur dan sains akuatik

PORT DICKSON, 11 Jan – Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mampu memenuhi permintaan industri negara serta komuniti dalam bidang akuakultur dan sains akuatik. Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menyentuh kepentingan kemahiran dalam mengendalikan sesuatu penyelidikan terutama sekali dikalangan staf yang terlibat dengan kerja-kerja hatcheri I-AQUAS, UPM. “Kemahiran itu perlu dikongsikan dengan generasi staf muda agar kemahiran itu berterusan bagi memastikan I-AQUAS, UPM sentiasa cemerlang dan relevan sejajar dalam memperkukuhkan sekuriti makanan negara,” katanya. Dalam pada itu, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), UPM semalam turut mengambil peluang untuk melawat sekitar kawasan I-AQUAS, UPM termasuk fasiliti penyelidikan akuakultur dan marin. Lawatan itu kemudiannya diakhiri dengan pelepasan benih ketam sebanyak 40 ekor di pantai berhadapan I-AQUAS, UPM.

Tarikh Input: 12/01/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFHTAc~