Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail
15 Julai – Jawatankuasa EKSA I-AQUAS telah berjaya mengadakan aktiviti gotong royong tahunan baru-baru ini. Semua kakitangan I-AQUAS yang berdedikasi bersatu tenaga dalam aktiviti Gotong-Royong EKSA tersebut. Aktiviti tersebut adalah salah satu penerapan nilai EKSA dalam persekitaran kerja. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan konsep asas amalan persekitaran kerja yang kondusif yang telah diamalkan oleh sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas, kondusif dan selamat. Aktiviti gotong royong ini merupakan salah satu perancangan EKSA tahunan dan persediaan kepada aktiviti naik taraf kemudahan hatcheri yang akan dijalankan. Selain aktiviti pembersihan, penyediaan dan mengecat kemudahan tempat meletak kenderaan turut dilakukan.


Tarikh Input: 15/07/2024 | Kemaskini: 22/07/2024 | m_fakhrulddin
