Jun 1, I-AQUAS Berjaya Mengadakan Audit Dalaman ISO 2024 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK i-aquas
» BERITA » Jun 1, I-AQUAS Berjaya Mengadakan Audit Dalaman ISO 2024

Jun 1, I-AQUAS Berjaya Mengadakan Audit Dalaman ISO 2024

Pada 1 Jun 2024, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), UPM telah berjaya mengadakan Audit Dalaman ISO. Audit ini merupakan langkah penting dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian kualiti dan keselamatan maklumat. Audit Dalaman QMS I-AQUAS berlangsung dari 29 Mei 2024 hingga 31 Mei 2024. Semua proses dan sistem pengurusan di I-AQUAS telah diaudit dengan teliti untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO/IEC 27001:2013 (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat). I-AQUAS terus berkomitmen untuk memastikan kualiti dan keselamatan dalam penyelidikan dan pengajaran dalam bidang akuakultur dan sains akuatik. Tahniah kepada pasukan I-AQUAS.

Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 24/06/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
X, (10:01:41pm-10:06:41pm, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]